1. Barang siapa yang melazimkan membaca “Ya-Allah”, 5000 kali pada setiap malam selama sebulan dengan hati yang khusyuk dan tawaduk (merendah diri kepada Allah), insya-Allah segala hajatnya terkabul.
2. Barang siapa berzikir “Ya-Allah”, 5000 kali tiap-tiap hari insya-Allah rezekinya datang mencurah-curah.
3. Barang siapa berzikir “Ya-Allah”, 66 kali selama 66 hari tiap-tiap selepas solat fardu, insya-Allah dirinya memperoleh kemuliaan dan kebaikan yang banyak dalam ilmu duniawi dan ukhrawi. Oleh itu lebih baik diamalkan terus pada setiap hari.
4. Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu”, 1000 kali pada setiap hari, insya-Allah dirinya diberi sifat yakin yang sempurna.
5. Barang siapa berzikir “Ya-Allah-Ya-Haiyu”, 100 kali pada setiap hari Jumaat sebelum solat Jumaat, dalam keadaan dirinya suci daripada hadas dan najis serta menghadirkan hati (khusyuk), insya-Allah dimudahkan baginya segala yang dituntut dan diperjuangkan.
p/s: wallahu'alam... :-)

No comments:
Post a Comment